SUDAH MULA MENULIS CERPEN
Hi guys, jadi hari ini Rain sudah mula menulis cerpen yang Rain pernah sebut dalam posting sebelum ini. Rain tidak tahu kalau cerpen itu best ke tidak tapi Rain cuba sedaya upaya. Buta masa sekarang cerpen itu baru ada plot perkenalan dan perkembangan. Untuk menulis sebuah cerpen, ada 5 plot yang Rain belajar.
Perkenalan --> Perkembangan --> Perumitan --> Klimaks --> Peleraian
Cerpen yang Rain tulis ini berkaitan seorang anak bernama Azrai, keluarganya dalam keadaan susah tidak banyak kewangan. Mereka tambah susah apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Cerpen Rain ini agak masalahlah sebab Rain berhajat untuk mengaduhkan Azrai dengan keluarganya tetapi tak tahu nak buat mereka gaduh apa. Mungkin Rain akan ubah sana sikit, situ sikit. Semoga siaplah cerpen pertama Rain sebelum 31 Mac ini. Rain sangat teruja.
Sebenarnya, masa Rain muda, Rain selalu sahaja tulis cerita-cerita pendek dalam notebook 1 Malaysia yang kakak Rain punya. Banyak cerita yang Rain tulis. Antara tajuk yang Rain ingat:-
1) Aku Suka Kau, Kau Benci Aku
2) The Brave Cat
3) The Forbidden Love
4) Aku Cinta Kau
Banyaklah tetapi banyak Rain terdelete. Itulah kisah sedihnya. Rain mahu pindahkan ke komputer baharu dan Rain ingat dah copy semua rupanya tidak. Series The Brave Cat pun Rain sebenarnya dah habis tulis dengan 13 judulnya. Malangnya, Rain tidak sempat untuk mempublishnya. Mungkin tidak ada rezeki.
Semoga suatu hari nanti, impian Rain untuk menerbit semua cerita-cerita Rain tercapai.

Comments
Post a Comment